KHIDMAT HOME TUITION FIZIK MATEMATIK

KHIDMAT GURU TUISYEN RUMAH AKAUN FIZIK dan MATEMATIK BERPENGALAMAN

Guru yang Tegas dan Prihatin pada muridnya.

HUBUNGI CIKGU AZMI & FAIZAL 0192653791 atau emel kepada cikgutuitioncentre@gmail.com

Mengajar di Klang, Shah Alam USJ dan Subang Jaya

Wednesday, November 16, 2011

Tuisyen Rumah Apa Itu Ekonomi


Assalamu'alaikum Wrmbth

Saya ingin bertanya kepada anda, adakah anda faham apa itu ekonomi? Adakah ianya ada kena mengena dengan kehidupan seharian kita?



Ekonomi adalah kajian tentang tingkah laku manusia dalam menghadapi masalah kekurangan.

Kekurangan dari segi apa?
Tahukah anda bahawa manusia mempunyai kehendak yang sangat mustahil untuk dipenuhi atau dipuaskan? YA, kehendak manusia adalah tidak terhad. Apakah itu kehendak? Kehendak adalah sesuatu alternatif yang diidamkan manusia dan kadangkala ianya adalah untuk bersifat bermewah-mewahan. Contoh: kereta, rumah, set hi-fi dan sebagainya.

Namun, ,masalah yang dihadapi oleh semua negara diseluruh dunia adalah SUMBER EKONOMI YANG TERHAD DAN KEHENDAK MANUSIA YANG TIDAK TERHAD.

Sumber ekonomi yang terhad membawa maksud:

  • Buruh - boleh bekerja dalam pelbagai bidang seperti guru, pensyarah, akauntan, jurutera, dsb bagi menghasilkan barang dan perkhidmatan.



  • Tanah - boleh ditanam dengan tanaman bagi menghasilkan barang & perkhidmatan.


  • Modal - merupakan kilang, jentera, bangunan atau mesin dalam mengeluarkan barang dan perkhidmatan.



  • Usahawan - pengeluar yang mengeluarkan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan.


Bersambung....

School Holiday Account Mathematic Physics Home Tuition

 
Assalamu'alaikum Wrmbth & Good day to you,
Does your child facing problems in their studies and Major examinations are just around the corner?

Are they currently in STANDARD 5,FORM 2 and FORM 4 this year & will  be sitting for UPSR 
PMR & SPM next year?

Worried that 2011 long year end school break will make them forget the lesson at school? 
 Have no FEAR, we can help you give your child a COMPETITIVE EDGE for the coming exams.
 Call CIKGU AZMI & CIKGU FAIZAL 0192653791 for home teacher / tutor services.

We'll arrange the suitable time and date for the tuition class. 

Cemerlang Ekonomi Asas Melalui Tuisyen Rumah


Assalamu'alaikum Wrmbth

Di sini saya ingin berkongsi tips tentang cara untuk memahami konsep ekonomi dan kepentingannya, khusus kepada pelajar-pelajar yang megambil subjek ini dan akan menduduki peperiksaan.

Sebelum itu, saya ingin bertanyakan soalan. Adakah anda menukar siaran televisyen ketika berita bahagian ekonomi disiarkan?

Jawapannya: BERGANTUNG. Lebih 80% orang awam akan menukar siaran televisyen ketika berita ekonomi disiarkan.

Belajar Teori
Saya sangat gembira dan bangga kepada pelajar yang telah memilih bidang perakaunan dan ekonomi, kerana ini bukanlah subjek yang mudah. Samada memang berminat atau terpaksa atau tiada pilihan bukanlah isunya. Jika tidak berminat, maka boleh dipupuk perlahan-lahan tetapi jika hanya belajar teori sahaja memang tidak cukup untuk menimbulkan minat.

Asas adalah penting, tetapi jika asas telah ada namun tidak faham pun tidak dapat membantu di dalam peperiksaan.

Cara Untuk Memahami dan Menguasai
Mulai daripada hari ini, iaitu daripada tarikh artikel ini disiarkan, jika anda kerap menukar siaran televisyen ketika berita ekonomi, maka hentikan perbuatan tersebut. Ambil sedikit masa dan dengar apa yang diperkatakan kerana berita ekonomi biasanya mengambil masa tidak lebih daripada 15 minit.

Saranan kepada ibu bapa/penjaga yang dihormati, galakkan anak-anak untuk mendengar siaran berita ekonomi. Ini penting, kerana ianya akan membantu anak dalam menjawab soalan peperiksaan. Jadi, jangan bertangguh lagi, amalkan dari sekarang.

Mengapa Perlu Buat Seperti Perkara Yang Disarankan?
Begini, subjek ekonomi tidak cukup sekadar belajar melalui buku teks dan rujukan semata-mata. Di dalam peperiksaan, bagi soalan subjektif, sekma soalan akan lebih berkisar kepada 'situasi'. Apa maksud situasi? Situasi bermaksud, pelajar diminta menjawab soalan dengan menggunakan daya kepekaan terhadap 'situasi' yang diberikan dan menggunapakai beberapa konsep ekonomi yang telah dipelajari. Dengan kata lain, soalan bukanlah sekadar bertanya tentang konsep semata-mata, tetapi ianya boleh diolah tentang bagaimana untuk mengaplikasikan konsep tersebut mengikut kesesuaian.

Sebab itu, pelajar perlu faham dan menguasainya. Ekonomi ialah perkara yang kita sebagai isi rumah gunakan setiap hari. Contohnya, apabila membeli barang atau perkhidmatan, isi rumah akan mendapatkan harga yang murah yang dapat mencapai kepuasan maksimum terhadap barang atau perkhidmatan tersebut. Inilah ekonomi. Contoh lain yang kita asyik perkatakan setiap hari, apabila harga barang naik, permintaan akan turun kepada kuasa beli(kemampuan) isi rumah terhad.

Jadi, jangan susahkan diri dengan belajar tanpa tujuan dan hanya untuk menghadapi peperiksaan semata-mata. Cuba mendalami apakah intipati ekonomi asas itu, InsyaAllah anda akan berjaya menjawab soalan dengan jayanya.

Wednesday, September 7, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamu'alaikum Wrmbth,

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum kepada seluruh umat islam di Malaysia. Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita di bulan Ramadhan.

Cikgu doakan supaya semua beraya dengan gembira dan serba sederhana kerana berlebihan dalam sesuatu urusan itu tidak baik bagi umat islam.

Salam Kejayaan dari Cikgu Tuisyen Rumah Prinsip Akaun Anda..

Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Wallillahilhamd

Cikgu Faizal

Sunday, August 28, 2011

Guru Tuisyen Rumah Prinsip Akaun

Assalamu’alaikum Wrmbth
Kecemerlangan anak bermula dari rumah. Kejayaan dalam mencorakkan anak melalui medium pendidikan samada dari segi akademik dan agama adalah kunci dalam mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Keprihatinan tuan/puan sebagai ibu dan bapa dalam menitikberatkan pendidikan anak akan mendorong mereka mencapai kecemerlangan yang maksimum. Blog ini disediakan sebagai medium pemudahcara kepada para ibu dan bapa dalam mencari GURU TUISYEN AKAUN, EKONOMI ASAS dan PERDAGANGAN. Peranan blog ini juga akan dapat membantu anda mengetahui kriteria dan pengkhususan saya sebagai guru tuisyen.

Butir Diri dan Pengalaman
Nama saya Cikgu Faizal. Saya berasal dari Klang, Selangor. Saya merupakan Home Tutor sepenuh masa berpengalaman yang merangkumi kawasan sekitar Klang, Shah Alam, dan Subang Jaya.
Pengalaman mengajar terkumpul selama 3 tahun. Saya adalah pakar dalam subjek Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, dan Perdagangan. Berikut adalah maklumat lengkap tentang latar belakang akademik dan pengalaman saya:
a)      Lulusan Professional Degree in Accounting, Association of International Accountants, (A.I.A) UK
b)      Ahli berdaftar badan professional seperti:
                                i.            Association of International Accountants (A.I.A)
                              ii.            London Chambers of Commerce & Industry (LCCI)
                            iii.            British Accounting Association (BAA)
c)      Berpengalaman sebagai Auditor selama 1 tahun
d)      Berpengalaman sebagai Akauntan selama 6 tahun
e)      Tutor sepenuh masa
Pengajaran kepada anak anda diperkuatkan lagi dengan kemahiran dan kepakaran saya dalam bidang berikut:
a)      Perakaunan
b)      Ekonomi dan Ekonomi Islam
c)      Perbankan Islam
d)      Audit
e)      Undang-undang Perniagaan & Pensyarikatan
f)       Percukaiaan

 
 Setiap umat islam samada lelaki dan perempuan digesa untuk mendapatkan untuk mendapatkan dunia dan akhirat.

Perkhidmatan Tuisyen di Rumah
Pembelajaran di sekolah sahaja adalah tidak cukup untuk mendorong anak untuk menggapai KECEMERLANGAN. Bahkan, ramai pelajar yang sudah BERJAYA telah menggunapakai sistem tuisyen di rumah. Hampir 90% ibu bapa pelajar-pelajar bukan Melayu yang menggunakan khidmat tuisyen di rumah dan telah menunjuk prestasi yang CEMERLANG.
Namun, ibu bapa dan pelajar Melayu pada masa sekarang juga telah mengetahui dan memahami akan kepentingan tuisyen terutamanya ‘Home Tuition’ bagi merealisasikan cita-cita dan impian setiap anak untuk menjadi tunggak Negara Malaysia pada masa hadapan.
Dewasa ini, Negara Malaysia telah melahirkan ramai tenaga-tenaga pakar dan professional di kalangan bumiputera yang sangat kompeten dan berpengetahuan tinggi. Didikan anak pada masa sekarang sangat penting bagi meneruskan kesinambungan ini.

Home Tuition sebagai Alternatif Terbaik
a)      Pengfokusan terhadap murid/pelajar adalah 100%. Pelajar mendapat perhatian penuh dari pelbagai sudut pengajaran. Inilah kelebihan Home Tuition yang tidak dapat diberikan di sekolah.
b)      Meningkatkan keyakinan murid/pelajar untuk berani bertanya. Ini terbukti kerana, hampir 80% pelajar yang berada di dalam bilik darjah di sekolah agak malu untuk bertanya atau terlalu takut samada diketawakan atau dimarahi oleh guru kerana bertanyakan soalan yang dianggap remeh. Home Tuition memberikan peluang 100% kepada murid/pelajar untuk bebas bertanya.
c)      Kebertanggungjawaban terhadap murid/pelajar menjadi keutamaan. Ini benar, kerana kebanyakan sekolah hanya sibuk untuk menghabiskan silibus dengan cepat dan kebanyakan pusat tuisyen juga hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Home Tuition sangat menitikberatkan kadar penerimaan murid/pelajar terhadap teknik pengajaran yang digunakan.
d)      Persekitaran belajar yang lebih disukai oleh murid/pelajar. Persekitaran atau tempat belajar untuk murid/pelajar sangat mempengaruhi tahap mudah serap ilmu yang disampaikan oleh guru. Dengan pengajaran yang dijalankan dirumah akan memberikan keselesaan sepenuhnya kepada murid/pelajar.
e)      Ibu bapa sendiri dapat memerhatikan kesungguhan dan prestasi belajar anak di rumah tanpa perlu risau akan keselamatan anak yang perlu keluar ke kelas tuisyen. Sudah pasti ini menjadi jaminan yang anak anda benar-benar belajar tanpa perlu risau jika anak ponteng ke tempat lain.
f)       Menaikkan semangat dan minat belajar murid/pelajar. Teknik mengajar yang berbeza daripada di sekolah dan pusat tuisyen akan memberikan lebih banyak ruang dan peluang kepada murid/pelajar untuk menonjol.

Mata Pelajaran Yang Ditawarkan
Subjek yang menjadi kepakaran dan difokuskan ialah:
a)      Prinsip Akaun
Terbuka kepada pelajar Tingkatan 4 & 5 SPM. Terbuka juga kepada pelajar PMR yang akan mengambil subjek Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan Perdagangan dan Keusahawan dimana terdapat topik berkenaan ‘Simpan Kira’ ataupun asas akaun.

b)      Ekonomi Asas
Terbuka kepada pelajar Tingkatan 4 & 5 SPM. Terbuka juga kepada pelajar PMR yang akan mengambil subjek Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan Perdagangan dan Keusahawan dimana terdapat topik berkenaan asas keusahawanan.

c)      Perdagangan
Terbuka kepada pelajar Tingkatan 4 & 5 SPM. Terbuka juga kepada pelajar PMR yang akan mengambil subjek Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan Perdagangan dan Keusahawan dimana terdapat topik berkenaan asas perdagangan.

Saya juga akan membantu anda bagi mendapatkan guru-guru yang berpengalaman bagi mengajar subjek selain Akaun, Ekonomi Asas dan Perdagangan seperti berikut:
UPSR UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
1)Bahasa Malaysia 2) Bahasa Inggeris 3) Sains 4) Matematik

PMR PENILAIAN MENENGAH RENDAH
1)Bahasa Malaysia 2) Bahasa Inggeris 3) Sains 4) Matematik 5)Sejarah 6) Geografi 7) Pendidikan Islam 8) Kemahiran Hidup


SPM Sijil Pelajaran Malaysia
1)Bahasa Malaysia 2) Bahasa Inggeris 3) Sains 4) Matematik 5)Sejarah 6) Geografi 7) Pendidikan Islam 8) Matematik Tambahan 9) Fizik 10) Kimia 11) Biologi

Bayaran Untuk Subjek Ditawarkan Cikgu Faizal
Adalah menjadi tanggungjawab saya dalam memikul amanah dan kepercayaan yang di berikan oleh pihak tuan puan. Bayaran dikenakan bergantung pada peringkat dan subjek:


Pelajar SPM (Tingkatan 4 dan 5)
a) Prinsip Akaun          = RM55 sejam
b) Ekonomi Asas          = RM50 sejam
c) Perdagangan           = RM50 sejam
d) Matapelajaran lain (Guru dari rakan tutor saya) = RM50/jam


Pelajar PMR(Tingkatan 1, 2 dan 3)
 a) Matapelajaran lain (Guru dari rakan tutor saya) = RM40/jam 

Pelajar UPSR(Darjah 4,5 & 6)
Bahasa Malaysia, Sains, Matematik & Bahasa Inggeris = RM35

Contoh pengiraan :

Kes 1: Seorang pelajar SPM ingin mengambil PRINSIP AKAUN sebanyak 1 kelas/minggu dan 2jam/kelas. Maka Kaedah Pengiraan adalah RM55/jam x 2jam x 1 kelas/minggu x 4 minggu = RM440/bulan

Kes 2: Seorang pelajar SPM ingin mengambil EKONOMI ASAS sebanyak 1 kelas/minggu dan 2jam/kelas. Maka Kaedah Pengiraan adalah RM50/jam x 2jam x 1 kelas/minggu x 4 minggu = RM400/bulan

Kes 3: Seorang pelajar SPM ingin mengambil PERDAGANGAN sebanyak 1 kelas/minggu dan 2jam/kelas. Maka Kaedah Pengiraan adalah RM50/jam x 2jam x 1 kelas/minggu x 4 minggu = RM400/bulan


DISKAUN RM5 diberikan bagi pendaftaran LEBIH dari 1 SUBJEK

 Bagaimana pula kiraannya?
Jika anak  anda mengambil EKONOMI ASAS & PERDAGANGAN dari tutor yang berasingan untuk 2 jam x 1 kelas/minggu x 4 minggu/subjek. Maka Bayaran bulanan: (RM100 bagi kedua-dua subjek) x 4jam x 4 minggu = RM1,600.

Jika anak anda mengambil EKONOMI ASAS & PERDAGANGAN bersama-sama untuk 3 jam/kelas setiap minggu. Maka Bayaran bulanan: (RM95 bagi kedua-dua subjek) x 3jam x 4 minggu = RM1,140. 
PENJIMATAN SETAHUN = (RM1,600-1,140)x12bulan=RM5,520
Hasil dari diskaun RM5


APA YANG PELANGGAN DAPAT PADA HARGA SEDEMIKIAN?
Berikut adalah sebab mengapa harga sedemikian diletakkan.

a) TERMASUK HARGA BUKU
Saya tidak akan menuntut bayaran bagi pembelian buku latihan dan bahan pengajaran. Pengurangan harga yuran bermaksud tawaran ini tertolak. 

b) PENGALAMAN LUAS
Pengalaman mengajar dan bekerja terkumpul melebihi 10 tahun adalah berpatutan dengan kualiti pengajaran yang diberikan kepada anda.

c) PROFESIONALISME
Saya adalah seorang yang menepati masa dan berdisiplin tinggi. Memenuhi criteria sebagai guru yang penuh beretika dan amanah dalam menjalankan tugasan dalam menyampaikan ilmu.

d) ILMU TAMBAHAN YANG BERMANFAAT
Pengajaran tidak hanya bertumpu kepada perihal duniawi sahaja. Saya akan menyelitkan dan mengaitkan beberapa ilmu agama yang bersangkutan dengan topik yang diajar.

d) KOS-KOS LAIN
Kos pengangkutan, minyak dan pengajaran.

CARA PENGAJARAN KELAS AKAUN ,EKONOMI ASAS DAN PERDAGANGAN CIKGU FAIZAL
Bagi sesi Home Tuition. Waktu Minimum bagi subjek adalah 2 JAM. Mengapa 2 jam?
Seorang pakar motivasi ada berkata, Manusia belajar 15% dalam kelas, 15% dari mendengar, 10% dari menulis, 10% dari melihat 20% dari latihan dan 30% dari mengajar (Pembahagian % mungkin sedikit berbeza). Maka pelbagai cara digunakan dalam kelas supaya pelajar benar-benar faham apa yang dipelajari.

a) MENGUKUHKAN PEMAHAMAN
Saya mengajar kembali bagi menyokong proses pembelajaran disekolah.

b) MEMBUAT LATIHAN
Membuat soalan berkaitan apa yang dipelajari. Melalui kaedah ini, pelajar dapat melihat bentuk soalan dan cara menjawabnya.

c) MENYEMAK LATIHAN 
Pelajar didedahkan tentang kesalahan yang mereka lakukan dan langkah pembetulan dilaksanakan atas sebarang kesilapan konsep dan teknik.

d) MENJALANKAN POP KUIZ
Bagi menilai tahap fokus pelajar terhadap proses pembelajaran, saya akan mengadakan ‘POP KUIZ’ secara lisan ataupun bertulis bagi setiap topic kecil. Ini secara tidak langsung akan membantu pelajar untuk lebih mudah mengingati ‘Point’ yang penting.

e) MEMBUAT SOALAN PEPERIKSAAN SEBENAR
Dari koleksi soalan tahun lepas untuk mempersiapkan mereka dengan tahap peperiksaan sebenar.

f) MEMBERI TIPS PENTING DAN NASIHAT
Segala tips-tips penting dalam menjawab soalan dan nasihat bagi meningkatkan motivasi pelajar akan diberikan untuk meningkatkan keyakinan pelajar.


MENGAPA ANAK ANDA TAKUT PADA AKAUN, EKONOMI DAN PERDAGANGAN?
Subjek Akaun, Ekonomi Asas dan Perdagangan adalah kunci kejayaan bagi menceburi bidang Perakaunan dan Perniagaan. Ketiga-tiga subjek ini saling bersangkutan antara satu sama lain.

Jika anak anda bercita-cita untuk menjadi Akauntan, Auditor, Ahli Ekonomi, Pengurus, Pengarah, Ahli Perniagaan, ketiga-tiga subjek inilah yang menjadi titik permulaan menggapai cita-cita.

Apa masalah utama dalam mempelajari Akaun? Disini saya senaraikan beberapa contoh:
1) Tidak memahami konsep yang diajar.
Untuk mempelajari dan menguasai subjek ini, pelajar perlu peka dan fokus ketika proses pengajaran dijalankan. Ini adalah subjek yang agak mustahil untuk difahami dalam masa yang singkat dan bagi pengamal belajar saat akhir. Penguasaan asas bagi subjek ini ialah memahami konsep Catatan Bergu iaitu memahirkan diri dengan ‘Debit dan Kredit’.

2) Kurang Membuat Latihan
Latihan yang sangat banyak diperlukan bagi memahirkan diri. Setelah mahir, pelajar akan menjawab soalan atas dasar ‘FAHAM’ dan ‘HAYATI’, bukan setakat ‘COPY’ dan ‘PASTE’. Ini sangat bahaya kerana pembuat soalan boleh mengolah soalan yang mudah menjadi sangat susah dan memeningkan. Maka latihan sangat dititikberatkan dan inilah rahsia untuk menguasai Akaun.


 3) Tidak Memahami Kehendak Soalan
Soalan yang mudah boleh menjadi sangat sukar jika pelajar gagal membaca arahan dan kehendak soalan dengan tepat. Dalam situasi ini, teknik menjawab perlu disusun dengan betul dan penuh berhati-hati. Di dalam subjek akaun, satu kesilapan konsep walhal angka sekalipun akan pasti mempengaruhi keseluruhan jawapan.

4) Terlalu Banyak Formula Dan Format Perlu Dihafal
Tidak ada satu subjek pun yang tidak menggunakan formula dan format. Menghafal formula dan format adalah prinsip utama Akaun. Rahsia untuk menghafal format adalah mengetahui perkaitan, keutamaan dan kepentingan setiap ‘point’ di dalam format itu.
Contohnya di dalam Akaun Untung Rugi:
Mengapa Jualan perlu tolak dengan Kos Barangan Dijual?
Jawapannya sudah tentu untuk dapatkan Untung Kasar. Ini sudah tentu, kerana Jualan adalah jumlah keuntungan besar yang kita terima tanpa menolak kos belian dan lain-lain kos yang berkaitan dengan belian. Maka untuk mendapatkan Untung Kasar, kita perlu asingkan Kos Belian daripada Jualan.

Namun, bahagian yang selalu menghantui pelajar sekolah menengah ataupun pengajian tinggi ialah Imbangan Duga atau ‘Trial Balance’, inilah bahagian paling ditakuti oleh pelajar kerana Imbangan Duga perlu memastikan jumlah di kedua-dua bahagian Debit dan Kredit adalah sama. Dibahagian inilah masa paling banyak akan digunakan oleh pelajar di dalam peperiksaan. Sedikit kesilapan konsep semasa membuat Catatan Bergu akan mempengaruhi Imbangan Duga dan akan menyebabkan pelajar menjadi resah dan akhirnya mengalah. Tetapi itu bukanlah pengakhirannya, subjek ini akan menjadi mudah jika pelajar betul-betul berminat ,memahami ,menggunakan khidmat Home Tuition saya. InsyaAllah.